Thursday, December 20, 2007

Salam Eidul Adha - Sajian Animasi Lagu Raya

Assalamualaikum.
Bersempena Semangat Hari Raya Korban, Eidul Adha, Aku menyajikan satu juadah animasi untuk teman-teman sekelian. Saksikan videoklip animasi lagu Seloka Hari Raya dendangan Uji Rasid & Hail Amir.
'Maaf Segala Salah Silap Dan Dosa-Dosa Yang Sengaja Mahupun Tidak Sengaja'
Segala berlaku atas sifat kelemahan diri.

Layari Juga: www.ameirhamzahhashim.blogspot.com
Serta Juga : www.animationpromotion.blogspot.com

Friday, December 7, 2007

Makhluk Menara

Makhluk Menara adalah manifestasi dan percambahan idea dari sudut penglihatan kanak-kanak apabila saban hari memandang ke arah Menara Kuala Lumpur. Ianya cuba mengetengahkan kisah keakraban flora dan fauna sekitar Bukit Nanas sebelum dan sesudah tegaknya Menara Kuala Lumpur yang kini menjadi salah satu daripada beberapa ikon kebanggaan negara kita.
Saksikan sebahagian dari kisahnya..,

Sunday, March 4, 2007

PRODUK & REKAAN GRAFIK

Poster Kempen Sihat Cergas Ceria 2005. Ilustrasi Oleh Kartunis Kojang, Grafik Oleh Liepan. Rekaan Untuk Keramat Technologies Untuk Dibekalkan Kepada Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rekaan Grafik Beg Kertas Untuk Bahagian Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit. JKA/ MOH.

Rekaan Bagi Layout Pemasangan Bunting Gergasi Di Ibupejabat Kementerian Kesihatan Di Putrajaya. Rekaan bagipihak Keramat Consulting.

Layout Dalam Pakej Yang Sama Untuk Menceriakan Kawasan Kakilima Bangunan Kesihatan.

Rekaan Poster Utuk Persidangan Kursus Aktiviti Fisikal dan Kesihatan Awam Antarabangsa Kuala Lumpur 2006. WHO/MOH. -bagipihak Keramat Consulting.

Poster Menyambut Kedatangan Pengunjung, Pelawat Dan Pelanggan Jabatan Kesihatan WP Putrajaya.

Rekaan Grafik Label Botol Air Mineral Sihat Cergas Ceria.
Penyambut Tetamu Di Pejabat Unit Farmasi Klinik Kesihatan Putrajaya
Rekaan Corak Untuk T-Shirt Kesihatan.