Monday, January 29, 2007

profile HOMEWORK studio


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Homework Studio 001321510-X , Ditubuhkan Pada Tahun 2001, Dengan Hasrat Merancakkan Penerbitan Kartun Dan Animasi Tempatan Dengan Menghasilkan Pelbagai Bentuk Penerbitan Animasi Bukan Sahaja Untuk Siaran TV Malahan Pelbagai Jenis Genre Animasi Seperti Montaj, Iklan, Persembahan Multimedia, Gerak Grafik, Klip Video Lagu Dan Animasi Pendidikan. Juga Menghasilkan Pelbagai Jenis Produk Pelanggan, Berasaskan Kartun Dan Animasi. Pada Awal Tahun 2005, Mula Menggiatkan Aktiviti Dengan Membekal Barangan Cenderamata Yang Menggunakan Ikon Kartun Dan Grafik Yang Bersesuaian Dengan Konsep dan Kehendak Pelanggan. Sejajar Dengan Pengalaman Para Karyawan Dan Rakan Kongsi Sedia Ada, Kami Menawarkan Khidmat Perunding Idea, Skrip Persembahan Pentas, Konsep Hari Keluarga, Pengurusan Acara, Khidmat Juruacara, Konsep & Imej Cenderamata, Bekalan Cenderamata, Rekabentuk Grafik, Fotografi, Persembahan Multimedia, Pusat Latihan Animasi Dan Lain-Lain Khidmat Berkaitan Kerja-Kerja Kreatif.

Kami Dengan Syukur Dan Rendah Dirinya...

Amir Hamzah Hashim (ameir), 32tahun, Pengarah Animasi, Berasal dari Jengka Pahang. Mendapat Didikan Lukisan Kartun Daripada 2 Tokoh Terkenal Dalam Bidang Animasi Malaysia- Kamn Ismail & Ujang, Lewat Usop Sontorian seawal 1993. Menyertai Team Awal Usop Sontorian Sebagai Animator seterusnya Meningkat Kerjaya Dalam Penerbitan Animasi Malaysia seperti Keluang Man dan Banyak Lagi. Hingga Kini Terlibat Menghasilkan hampir 400 episod Animasi Siaran RTM.

Wan Ayumi Wan Yusof (yumi), Pengurus Penerbitan/Penolong Pengarah Animasi. Graduan UITM Shah Alam, fine arts, Berpengalaman Melatih Pelukis Animasi dan Mengurus Penerbitan Usop Sontorian seawal 1995. Mengurus, Memilih Watak,Mengarah dan Menyumbang Suara Bagi Rakaman Suara Animasi Usop Sontorian Dan Keluang Man.

Shamsaimun Ezil (along), 32tahun, Pengarah Pemasaran Dan Penolong Pengarah animasi. Berpengalaman Sebagai Pelukis Lukisan Latar Belakang Bagi Pelbagai Animasi Untuk Siaran RTM, seawal Keluang Man 1997 hingga Kini. Mengurus Dan Mentadbir Promosi Jualan Produk Keluang Man dalam Jelajah Peminat Sekitar 1999-2001. Mengetuai Persembahan Pentas Keluang Man Dan juga Pengacara Berbakat, Selain Menyumbang Suara Bagi Watak-Watak Animasi.


Azhar Saad (art), 30tahun, Pengarah Seni Berasal Dari Kedah. Berpengalaman Dalam Bidang Animasi Dan Arahan Seni Hampir 15 Tahun, Bermula Dengan Menyertai Team Penerbitan Usop Sontorian, Seterusnya Keluang Man, Che'Nat, Toman 1, Kumang-Lagenda Sarawak, Lagenda Kinabalu, Pusaka, Pejuang Dan Banyak Lagi. Semuanya Ditayangkan Di RTM 1. TV Malaysia. Merupakan Pelukis Storyboard Dan Penulis Skrip Yang Amat Membanggakan.

Rizal Yacob (cai), 29tahun, Pengurus Animator Berpengalaman Luas Dalam Kerjaya Animasi Lewat Keluang Man dan banyak lagi. Merupakan Animator Yang Kreatif Dan Bijak Menyesuaikan Pergerakan Watak Animasi Mengikut Dialog Dan Suasana. Amat Mahir Melatih Dan Mendidik Karyawan Baru Bagi Merancakkan Penerbitan Animasi 2Dimensi Tanahair.

No comments: